Sunday, April 26, 2009

Alpha Lipid dan Gout


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya lama betul saya tak update blog nih. Maklumlah sibuk dengan kerja, tapi bisness tetap jalan. hari minggu lepas husband saya datang ke putrajaya ( maklum la kami ni pjj ). Banyk repeat order yang diterima daripada customer di JB. ada cerita menarik yang di bawa oleh suami. Mak mertua saya dan besannya yang menghidap kencing manis memang dah mengamalkan alpha lipid sebelum saya join bisness ni lagi. Ini kisah ipar duai saya yang memang tak nak pandang lah produk kesihatan nih. Biasa lah jangan marah kalau saya kata, mentaliti orang melayu memang begitu ( termasuk la saya di satu ketika dahulu ). Kita ni bila dah sakit barulah nak cari ubat. Istilah mencegah lebih baik dari mengubati tu memang tak ada lah dalam hidup kita nih. Kalau ada pun tak sampai 50%. Nak dijadikan cerita abang kepada adik ipar saya diserang gout sehingga tak boleh bangun. Seminggu jugak lah dia mengalami kebas di badan. mak beliau yang memang mengamalkan alphalipid ni bagi lah beliau cuba minum sebagai usaha nak pulihkan anaknya yang terlantar. Alhamdulillah tak sampai seminggu dengan kuasa Allah beliau kembali sihat dan boleh berjalan. Terus dia call husband and order 2 tin alpha lipid. Supplement yang dulunya nampak mahal seolah seolah sangat murah dibandingkan dengan derita yang terpaksa dihadapi ketika diserang penyakit.

So, tepuk dada tanya selera. Keberkesanan produk ini memang telah terbukti. Nantikan testimoni terbaru juga daripada sahabat suami yang menghidap gout dan jiran mak mertua yang lumpuh.........................


*** Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
________________________________________________